Tuesday 27 March 2012

Siapakah Suami Anda Di Syurga Nanti ??

Ada yang cakap, jika lelaki dapat bidadari, perempuan mesti dapat bidadara. hehehheehe.. . mungkin 
dia ingat istilah tu sama kes macam pramugari dan pramugara dengan mengubah huruf di belakang. sebenarnya tiada istila bidadara. jadi, jika jodoh bagi kaum lelaki di surga nati adalah bidadari, siapa pula jodoh bagi kaum perempaun di syurga nanti??? 


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin 
wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dgn seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga.
Rasulullah s.a.w bersabda: " Tiada si bujang di dalam syurga" (H.R. MUslim). ini keranan ada juga 
kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meningal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu 
wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada  Ahli syurga.

3.Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini daripada Ahli syurga.

4.Wanita yang meningal dunia setelah berkahwin.
wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki
syurga.

5. wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

6. Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak disurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminaya itu tergolong dari Ahli Syurga.Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. ini disebut oleh hadith Rasulullah:"Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir"(H.R. AL-Albani)

No comments:

Post a Comment